Isnin, 18 Jun 2012

Lafaz n niat solat sunat TAHAJJUD serta DOA

SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

DALIL

Firman Allah Taala :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"


Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya :

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan