Jumaat, 4 Mei 2012

Cara-cara Nak Rawat Demam Denggi



Pengalaman
Saya sebenarnya tengah kena demam denggi ni.... Biasanya sebelum ni, kalau demam pun 1-2 hari je, dan tak makan panadol/paracetamol....

Tapi kali ni demamnya memang lain macam....

Mula2 badan rasa seram sejuk
Kemudian sakit2 badan/ sendi
Terus je demam
Menggigil-gigil
Sakit kepala yang kuat
Urat mata rasa nak tersembul
Hari ke 3 sakit pinggang sangat2, duduk salah, baring salah
Hari ke 4, mula rasa loya2, walaupun tak muntah.. mungkin angin kot
Hari ke 5, cirit birit
Hari ke 6, demam dah kebah, sakit kepala masih ada, ruam merah sudah keluar, platlet masih rendah. Kata doktor, lepas dah tak demam, mmg kena jaga2...

Bacaan platlet saya
hari ke 2, 178,
hari ke 3, 185
hari ke 4, 175
hari ke 5, 106
hari ke 6, 109

PCM yang jarang ditelan sblm ni, saya telan tiap2 hari 2-4 biji. Ni dah 5 hari demam 12 biji PCM dah di telan...

Doktor suruh byk minum air. 100 Plus, ORS (garam), air kelapa pun boleh.

Petua2

sup belut
sup ketam,
jus daun betik
jus kurma
jus honey dew
jus tembikai
jus pegaga

Air ECPI
Air kelapa
Air Bali
Minum susu Kambing
Anggur Hitam.
p/s:air masak kena minum banyak
Ais cream vanilla
Paling tak tahan minum jus daun betik. Aduhaiii... pahitnya. Melekat kat tekak. Mujur ada kuih bangkit. Terpaksa lah menelan 2 bijik kuih bangkit ni untuk hilangkan pahit daun betik.

Utk sakit kepala, saya guna minyak aura biosirih. Best pulak minyak tu. Kemudian ambil kain basah, letakkan di dahi dan tutup mata. Atas kain ni saya letak ais kering. Ais kering ni kira atas dahi dan mata. Lega urat2 mata yang rasa tegang macam nak tersembul tu.

Nasihat doktor, elakkan makanan pedas dan berminyak sebab boleh akibatkan gastrik... Org demam selalu tak ada selera makan.

Mari kongsi lagi. Kalau2 ada petua yang boleh saya cuba lagi

5 ulasan:

  1. Beberapa ayat dari surah Al Baqarah Ayat 1-25 dan Ayat 244-255 yang boleh digunakan dalam proses merawat anak yang demam denggi selain menjadikan Al Quran itu sebagai ruitn amalan untuk mencari keredaan Allah SWT

    BalasPadam
  2. Slm Ramadan dan terima kasih byk kerana berkongsi cerita. Insyaallah dimudahkan segala urusan kite di dunia mahupon di akhirat kelak. Amin...

    BalasPadam
  3. hundred plas ni kena buang dlu x...

    BalasPadam
  4. hundred plas ni kena buang gas dlu x...

    BalasPadam
  5. akak dah cuba semuanya ke ? berkesan ?

    BalasPadam