Sabtu, 19 Mei 2012

Kasut Tumit Tinggi





Sebab utama wanita-wanita yang cantik dan kureng pakai kasut jenis ini adalah kerana mereka menganggap bahawa dengan mengenakan kasut seperti ini mereka akan kelihatan Lawa, Seksi, HOT & SPICY, elephent elegent dan macam-macam lagilah. Namun ada kawan-kawan yang menyatakan bahawa mereka memakai kasut tinggi ni disebabkan kerana faktor ketinggian dan kelangsingan. Kelangsingan? Apa kaitan? haha tapi sejujurnya wanita yang menggunakan kasut tumit tinggi akan kelihatan seperti yang dinyatakan di atas. Menggunakan kasut tumit tinggi juga mampu memberikan kekuatan otot gastrok. Tapi..

Ada lebih banyak kesukaran dan keseksaan yang akan anda sebagai pemakai kasut tumit tinggi hadapi pada masa akan datang. Mari kita periksa satu-satu :

1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut.

Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan
Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.

2.BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).


3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.

4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.

5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)

Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dalam keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.

6. PUMP BUMP

Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"

Tak cukup lagi tu aku mau tambah lagi hahaha. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan. Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis. (Untuk rekod, Persatuan Pengguna Pulau Pinang adalah satu persatuan kepernggunaan yang paling aktif di negara kita dalam membangkitkan sebarang isu-isu yang membabitkan konsumerisme dan barangan jualan)


Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan. ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Secara kesimpulannya pemakaian kasut bertumit tinggi banyak menyebabkan kompilasi kesihatan teruamanya pada bahagian kaki. Jadi tidak harian hairan lah kalau ada wanita baru mau jejak kaki ke alam umur 30an sudah dibekalkan dengan susu Anlene. Nasihat aku bagi aweks-aweks dan ceweks-ceweks di luar sana yang kepingin nak sangat pakai, tiada halangan tapi jangan lah memakai terlalu lama sangat di kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan