SURAH AL-INSYIRAH (DOA LAPANGKAN HATI)
Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),
Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan