Rabu, 16 Mei 2012
Suami n Isteri
♥ RINGANKAN BEBAN ISTERI ANDA ♥ Adakah anda sudah menjadi seorang suami yang terbaik kepada isteri anda? Bagaimanakah cara untuk membantu isteri bagi meringankan beban dan memahami kerjaya isteri yang sering sibuk di luar rumah? Petua berikut mungkin boleh membantu anda menjadi seorang suami yang terbaik kepada isteri anda. Oleh itu sikap saling memahami antara pasangan sememangnya penting dalam sesebuah rumahtangga. Ringan Tulang Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan bersahur. Ambil Hati Isteri Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji. Uruskan Anak-Anak Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur. Tunjukkan Kasih Sayang Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan. Sediakan Pembantu Rumah Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak. Doakan Kebaikan Untuk Isteri - Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan