Selasa, 31 Julai 2012

World




"Sins remove the feeling of shame from a person, so much so that the sinner finally doesn’t care if people see him sinning."
- (Ibn al-Qayyim)

Tasbih guna jari

Jumaat, 27 Julai 2012

Berpuasa kerana ALLah




Rasulullah : "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?"

Iblis : "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya".

dah habis baca sila share..

Khamis, 26 Julai 2012

Surah amalan utk ibu mengadung

Nikmat mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung adalah detik emas yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah. Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri. Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.






Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah



Surah Yusuf

Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman



Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah Maryam



Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.

Selasa, 24 Julai 2012

Amalan yg Perlu di amalkan

"Maha Suci Al-Quddus,Maha Suci Al-Qudus,Ya Rabb Kami Al-Quddus...mohon kita selamat daripada Bala...

Bumi!!!.. Apa akan jadi pada 21.12.2012???..




kejadian 2012..betul atau sekadar spekulasi?




kejadian 2012..betul atau sekadar spekulasi?
Quote:
Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan

dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bag ita u pada 21-12-2012 planet X akan lin tas mai kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba k ita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012.



Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa"

15 RAMADHAN : SERUAN DARI LANGIT(Izhar Blog)




As salam, alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi saya kekuatan untuk berkarya dan menulis artikel ini. Dibulan Ramadhan yang penuh dengan baraqah ini saya terdetik untuk menulis sesuatu yang pernah saya bahaskan sebelum ini pada awal tahun 2011 iaitu artikel bertajuk “2012 : TARIKH KIAMAT ATAU KERAMAT”. Sebenarnya ketika dalam merangka untuk menulis kisah terbaru bertajuk “As Sufyani” yang bakal akan di terbit dalam bulan Ramadhan ini, saya terpanggil untuk memuatkan satu artikel baru yang pendek dan sedikit berkait dengan kisah misteri yang bakal terjadi pada bulan ramadhan tahun 2012. Kisah tersebut adalah mengenai dakwaan tentang suara keras dari langit yang mengerun yang juga merupakan amaran kepada sekelian umat manusia. Kebetulan baru-baru ini saya menemui sesuatu info yang agak berkait dengan kisah tersebut yang juga mungkin dapat saya kongsikan bersama anda semua, insyallah.

Mengikut perhitungan saya kejadian itu diramal akan terjadi pada tarikh 15 Ramadhan 1344H atau 3 Ogas 2012 bersamaan dengan hari Jummat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan yang ketika itu akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit. Pada kajian dan ramalan saya suara keras yang amat dahsat tersebut kemungkinan akan muncul pada waktu sebelum subuh atau sebelum terbit fajar. Hadis Nabi di bawah ini mungkin ada kaitan dengan peristiwa tersebut.

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Dalam kitab Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah ada membahaskan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani ada menyatakan bahawa salah satu tanda kemunculan Imam Al Mahdi ialah datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Suara keras tersebut adalah suara malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal Al Masih.


Isnin, 23 Julai 2012

Membuat Air selusuh

Air Selusuh

Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.

Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan ‘ibadat’ atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti do’a agar kelahirannya mudah dengan bacaan2 yang tidak menyanggahi syara’; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, ‘Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma’ wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.

DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah




2. Selawat Syifa’



3. Al-Hasyr : 21-24


4. Doa Selusuh




Terjemahan : “Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya”.

5. Doa Pemudah




Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.

Fadhilat Solat Tarawih




1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Niat Berpuasa n doa bila berbuka

Ahad, 22 Julai 2012

6. An-Nazi'at; ayat 46


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.

cara membuatnya (menurut Para Ulama)

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:
Cara A
1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin
5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin
Cara B


Beristighfar (3 kali)
Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
Al Fatihah (1 kali)
Selawat (11 kali)
Alam Nasyrah (7 kali)
Al-Ikhlas (3 kali)
Al Falaq (3 kali)
An Naas (3 kali)
Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.
Cara C

Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
Selawat Syifa (7 kali)
Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)

doa Nabi Yunus;

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Surah Al-Insyiqaq, Ayat 1-5










1) Apabila langit terbelah (2) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh (3) dan apabila bumi diratakan (4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong (5) dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya)

Baca juga Surah Al-A’raaf ayat 54

Makna nya:-
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy, ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Dao utk Elak Anak d Rogol




“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”

Panduan nak buat air selusuh sendiri

Air Selusuh (utk mudah Bersalin).


Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu (ketika hendak melahirkan anak). Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh.

Jika dalam energi, bagaimana?

1.Bismillah



2,Fatihah


3.Ayat As-Hasyr(21-24)


4.Selawat Siffa


5.DOA (nama isteri bt ibunya)


6.

Bacaan Ikhtiar Masalah Rumit

Bacaan Ikhtiar Masalah Rumit
Hutang
1. Hadis Riwayat Abu Daud

Murah Rezeki
1. Surah ali 'Imran : 26-27
2. Doa-Doa Murah Rezeki

Menghentikan Tabiat Buruk
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Munjiyyah dibaca 100X
3. Ayat Kursi dibaca 100X
4. Surah al-Ikhlas dibaca 100X
5. Surah al-Maidah 90-92

Keselematan Diri & Harta Benda
1. Ayat Kursi
2. al-Mu'awwizat {Surah al-Ikhlas, Surah Falaq & Surah al-Nas}
3. Ayat Pelindung & Pendiding
4. Doa Pelindung
5. Doa Keselamatan

Penahan (Luka/Muntah/Kencing Tak Tus/dll)
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Masad : 1
3. Surah Yasin : 38
4. Ayat Penahan Surah Hud : 44
5. Surah al-Ikhlas

Selusuh
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Selawat Syifa'
4. Ayat & Doa selusuh
a. Surah al-Insyiqaq : 4-5
b. Surah al-Nazi'at : 46
c. Doa Selusuh
d. Doa Pemudah

Memudah Bersalin
1. Surah al-Insyiqaq : 4-5
2. Surah al-Nazi'at : 46
3. Surah al-Ahqaf : 35
4. Surah Yunus : 3
5. Ayat Kursi
6. Surah al-A'raf : 54
7. al-Mu'awwizatain {Surah al-Falaq & Surah al-Nas}

Rawatan Ulangan
1. Astaghfirullah ...
2. La Ilaha Illallah wahdah ...
3. Allahummal Tuf ...
4. Ya Latifan ...
5. Rabbunallah ...

Pendekat Jodoh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Bertemu Jodoh

Membuang Sihir Pembenci / Pelalau
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Taubah : 42
5. Surah al-Nur : 35
6. Surah al-Jin
7. Disudahi dengan bacaan {Bismillah, Allahu Akbar 3X}

Pemisah
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Pemisah

Selera Makan
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. surah Quraisy
4. Ayat Perangsang Selera {Surah Fussilat : 31-32}

Kehilangan (Anak Lari Dari Rumah)
1. Surah Yasin
2. Surah al-Ra'd : 31 sebanyak 31 kali
Dicatat oleh darussyifasarawak di 11:01 PTG Tiada ulasan:
Bacaan Rawatan Penyakit II
Demam Panas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

Selesema
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

Penyakit Kulit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Sakit Kepala
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

Sakit Sendi
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Sakit Mata
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

Buta Seluang
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

Sakit Mata Sebab Sihir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

Tahi Mata Berlebihan
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan
Mata Dimasuki Benda
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

Sakit Perut
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

Batuk
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Bisa
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

Sesak Nafas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

Dada Berdebar-Debar
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

Sakit Gigi Biasa
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

Kencing Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

Cirit-Birit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

Dicatat oleh darussyifasarawak di 9:55 PTG 2 ulasan:
Bacaan Rawatan Penyakit I



Asma / Lelah
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Doa Penghilang Sakit

Batu Karang
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
3. Selawat Syifa'

Buasir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
5. Doa Tambahan (Belum Sembuh)

Diabetes
1. Surah al-Fatihah
2. Doa {allahumma rabbannas …}
3. Doa ‘Ilaj Ilahi

Darah Tinggi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Selawat Syifa’
4. Doa {‘a’uzu billahil ‘azim min syarri kulli ‘irqin …}

Ketumbuhan / Tumor
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Ikhlas
3. Doa Pengecil Bengkak
4. Surah al-Qalam 1:3

Kayap
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Lima
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
4. Selawat Syifa’
5. Surah al-Qalam : 1

Migrin
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Surah al-Waqi’ah : 19 {baca 7X}
4. Doa Penyejuk

Gout
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
4. Doa Pengecil Bengkak

Resdung
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {tangan kanan pegang hidung}
5. Baca 7X al-Isra’ : 82 {tangan kanan pegang hidung}

Gastrik
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’Doa Penghilang Sakit
3. Demam Campak
4. Surah al-Fatihah
5. Selawat Syifa’
6. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Mandul / Mendapat Zuriat
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Mendapat Zuriat {Baca 7X}
3. Ayat Pemecah & Kesuburan
4. Doa Mengatasi Penyakit Rumit {Baca 7X}

Mandul Kerana Gangguan Makhluk Halus
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Baqarah : 1-5
3. Ayat Kursi {al-Baqarah : 255}
4. Surah al-Baqarah : 285-286
5. Ayat-Ayat Menyakiti Jin
a. Surah al-Nisa : 167-172
b. Surah al-Mukminun : 115-118
c. Surah al-Zalzalah
d. Surah al-Kafirun
e. Surah al-Ikhlas

Kolestrol
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Penyejuk

Darah Rendah
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Tercekik Tulang / Tertusuk Benda Tajam
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Qasas : 85 {Baca 7X}

Barah / Kanser
1. Surah al-Fatihah {Baca 1X}
2. Surah al-Ikhlas {Baca 4X}
3. Doa Pengecil Bengkak
3. Surah al-Qalam : 1-2

Buah Pinggang
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
4. Surah al-Syu’ara : 130

Penyakit Jantung
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Sopak
1. Surah al-Fatihah
2. Surah Ali ‘Imran : 49

Sawan Tarik
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
4. Doa {Bismillahil Kabir …}

Lumpuh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’ {Baca 7X}
3. Selawat Tafrijiyyah {Baca 7X}
4. Ayat Pemecah & kesuburan al-Anbiya’ : 30 {Baca 7X}
5. Doa Lumpuh

Koma
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’ {Baca 7X}
3. Selawat Tafrijiyyah {Baca 7X}
4. Doa {subhana man amruhu …} {Baca 7X}
5. Doa Khusus {as-alullahal 'azim .... baca 7X}

Dicatat oleh darussyifasarawak di 7:56 PTG 2 ulasan:
Bacaan Rawatan Penyakit Rohani
Gila Meroyan
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Penyejuk
4. Ruqyah Nabawiyah
5. Doa Menghindar Syaitan

Nyanyuk
1. Doa {allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi ...}
2. Surah al-Taubah : 128-129

Penerang Hati & Lupa
1. Surah al-Fatihah baca 7X
2. Surah al-Insyirah
3. Doa Penerang Hati
4. Doa Tambahan {allahummarhamni bitarkil ma'asi ...}

Marah / Panas Baran
1. Menyebuat A'uzubillah minasyaitainirrajim
2. Doa {allahummaghfirli zanbi ...}
3. Berwudu' / Mandi

Pelembut Hati
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pelembut Hati {Surah Taa Haa : 1-5}
4. Doa Pelembut Hati

Sukar Tidur Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Mengatasi Sukar Tidur
3. Doa Terkejut Daripada Tidur

Bayi Terkejut Dari Tidur
1. Surah al-Zalzalah
2. Surah al-Kahfi : 11-12
3. Surah Ali Imran : 18
4. Surah al-Isra' 110-111
5. Surah al-Taubah : 128-129

Was-Was
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Kursi
4. Al-Mu'awwizat

Lemah Semangat
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Baca 7X}

Fobia / Darah Gemuruh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Doa Atasi Fobia

Sakit Rindu
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Qasas : 85

Masalah Rumahtangga
1. Doa Rumahtangga Bersatupadu
2. Ayat Seribu Dinar
3. Doa Kebahagian Rumahtangga {Surah al-Furqan : 74}

Trauma / Kecederaan
1. Surah al-Fatihah
2. Sayyidul Istighfar
3. Doa Mengatasi Kerunsingan
4. Doa Mengatasi Sukar Tidur
5. Doa Ketika Ditimpa Musibah
6. Doa {allahumma inni a'uzubika minal hammi ...}

Latah
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Selawat Syifa'
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
6. Ruqyah Nabawiyah

Amukan
1. Baca {walyatalattaf ...} Surah al-Kahfi : 19
2. Surah al-Taubah : 128-129

Badi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Penggerak
3. Doa Penyakit Badi
4. Tambahan
a. Selawat Tafrijiyyah
b. Doa Menghindar Syaitan

Kenan & Kecacatan Bayi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Penggerak
3. Doa Penyakit Badi
4. Doa Menjauhi Kenan

Gangguan @ Rumah / Pejabat
1. Surah al-Fatihah
2. Surah Yasin
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Ikhlas
5. Surah al-Falaq
6. Surah al-Naas
7. Ruqyah Nabawiyah
8. Doa Menghindar Syaitan
9. Doa Mendiami Tempat Baharu / Gangguan

Histeria Disebabkan Sihir
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Pembatal Sihir {Surah Yunus : 81-82}
4. Ayat Penunduk Sihir {Surah al-A'raf : 118-122} & {Surah Taa Haa : 69}
5. Ayat Pendinding Daripada Sihir {Surah al-Nisa' : 84} & {Surah Yusuf : 64}
6. Ayat Pemecah
7. Ayat Kursi
8. Ayat {ukhruj ya 'aduwwallah}

Histeria Disebabkan Rasukan Syaitan
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
4. Ayat Kursi
5. al-Mu'awwizat

Histeria Pada Kanak-Kanak
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Doa Nabi Sulaiman

Amalan-amalan Doa

Bacaan Ikhtiar Masalah Rumit
Hutang
1. Hadis Riwayat Abu Daud

Murah Rezeki
1. Surah ali 'Imran : 26-27
2. Doa-Doa Murah Rezeki

Menghentikan Tabiat Buruk
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Munjiyyah dibaca 100X
3. Ayat Kursi dibaca 100X
4. Surah al-Ikhlas dibaca 100X
5. Surah al-Maidah 90-92

Keselematan Diri & Harta Benda
1. Ayat Kursi
2. al-Mu'awwizat {Surah al-Ikhlas, Surah Falaq & Surah al-Nas}
3. Ayat Pelindung & Pendiding
4. Doa Pelindung
5. Doa Keselamatan

Penahan (Luka/Muntah/Kencing Tak Tus/dll)
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Masad : 1
3. Surah Yasin : 38
4. Ayat Penahan Surah Hud : 44
5. Surah al-Ikhlas

Selusuh
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Selawat Syifa'
4. Ayat & Doa selusuh
a. Surah al-Insyiqaq : 4-5
b. Surah al-Nazi'at : 46
c. Doa Selusuh
d. Doa Pemudah

Memudah Bersalin
1. Surah al-Insyiqaq : 4-5
2. Surah al-Nazi'at : 46
3. Surah al-Ahqaf : 35
4. Surah Yunus : 3
5. Ayat Kursi
6. Surah al-A'raf : 54
7. al-Mu'awwizatain {Surah al-Falaq & Surah al-Nas}

Rawatan Ulangan
1. Astaghfirullah ...
2. La Ilaha Illallah wahdah ...
3. Allahummal Tuf ...
4. Ya Latifan ...
5. Rabbunallah ...

Pendekat Jodoh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Bertemu Jodoh

Membuang Sihir Pembenci / Pelalau
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Taubah : 42
5. Surah al-Nur : 35
6. Surah al-Jin
7. Disudahi dengan bacaan {Bismillah, Allahu Akbar 3X}

Pemisah
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Pemisah

Selera Makan
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. surah Quraisy
4. Ayat Perangsang Selera {Surah Fussilat : 31-32}

Kehilangan (Anak Lari Dari Rumah)
1. Surah Yasin
2. Surah al-Ra'd : 31 sebanyak 31 kali

Khamis, 19 Julai 2012

Boleh ka....




MERANCANG ANAK LELAKI :

makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting


MERANCANG ANAK PEREMPUAN

digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. pantang memakan makanan laut.
persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur

Rabu, 18 Julai 2012

KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI



Jangan melebihi buku lali
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. Sedangkan ia dilarang keras baik ketika solat mahupun di luar solat.

Isbal ertinya melabuhkan kain atau seluar hingga menutupi mata kaki, dan hal ini dilarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak. Larangan isbal bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah SAW yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim yang redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini.

Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang rapuh iaitu dengan niat “tidak sombong” - maka diperbolehkan?! Untuk lebih jelasnya, berikut dipaparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi panduan bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Salah satu kewajiban seorang muslim adalah meneladani Rasulullah SAW dalam segala perkara, termasuk dalam masalah pakaian.

Rasulullah telah memberikan batas-batas syar'I terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadits-hadits berikut:. Rasulullah SAW bersabda :Ertinya : “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya” (Hadits riwayat Imam Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331)

Berkata Syaroful Haq Azhim Abadi rahimahullah: “Hadits ini menunjukkan bahwa yang sunnah hendaklah kain atau seluar seorang muslim adalah hingga setengah betis, dan dibolehkan turun dari setengah betis hingga di atas mata kaki. Apa saja yang dibawah mata kaki maka hal itu terlarang dan haram. [Aunul Ma’bud 11/103]

Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata. Ertinya : Rasulullah SAW memegang otot betisku lalu bersabda, “Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga, maka tidak ada hak bagi sarung pada mata kaki” [Hadits riwayat Imam Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah 1765]

Dari Abi Juhaifah Radhiyallahu ‘anhu berkata. “Aku melihat Nabi SAW keluar dengan memakai Hullah Hamro' seakan-akansaya melihat kedua betisnya yang sangat putih” (Hadits riwayat Imam Tirmidzi dalam Sunannya 197, dalam Syamail Muhammadiyah 52, dan Ahmad 4/308)

'Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata : “Tatkala aku sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku berkata, "Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada ketakwaan." Ternyata dia adalah Rasulullah SAW. Aku pun bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah menjawab, "Tidakkah pada diriku terdapat teladan?" Maka aku melihat sarungnya hingga setengah betis”. (Hadits riwayat Imam Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashor Syamail Muhammadiyah, hal. 69)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memanjangkan seluarnya hingga melebihi mata kaki. Beliau menjawab: “Panjangnya baju, seluar dan seluruh pakaian hendaklah tidak melebihi kedua mata kaki, sebagaimana telah tetap dari hadits-hadits Nabi SAW” (Majmu' Fatawa 22/14)

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : “Walhasil, ada dua keadaan bagi laki-laki; dianjurkan yaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh yaitu hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua keadaan; dianjurkan yaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga sejengkal, dan dibolehkan hingga sehasta” (Fathul Bari 10/320)

Dari Abu Dzar bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka azab yang pedih. Rasulullah menyebutkan tiga golongan tersebut berulang-ulang sebanyak tiga kali, Abu Dzar berkata : "Merugilah mereka! Siapakah mereka wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Orang yang suka memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu." [Hadits riwayat Imam Muslim 106, Abu Dawud 4087, Nasa'i 4455, Darimi 2608. Lihat Irwa': 900]

Dari Abu Hurairah bahwasanya Nabi ersabda : "Apa saja yang di bawah kedua mata kaki di dalam neraka." (Hadits riwayat Imam Bukhari 5797, Ibnu Majah 3573, Ahmad 2/96)

Hadits-hadits di atas mengisyaratkan bahwa panjang pakaian seorang muslim tidaklah melebihi kedua mata kaki dan yang paling utama hingga setengah betis, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam haditsnya sebagaimana di atas. Jika adab berpakaian bagi lelaki sedemikian di luar solat, apalagi sekiranya ia ketika mengerjakan solat!

Wallahhu’alam.....

Sila rujuk pada yg lebih arif jika ada kemuskilan....

Sebar2kan ilmu yg bermanafaat

Salam Ramadhan

Selasa, 17 Julai 2012

Kickappo


pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK! nama syarikat itu adalah MONARCH BEVERAGE. . tolong sebar2kan pada semua dan berhenti membelinya..
Untuk kebaikan bersama-----> 1 SHARE utk 1 ORANG

Ahad, 15 Julai 2012

Amalan2 utk Ibu Mengandong


Surah Bacaan Ketika Mengandung ;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Surah Bacaan Ketika Mengandung ;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

■ Mengamalkan solat wajib dan sunat

■ Mengamalkan zikir

■ Membaca al-Quran

■ Mendengar muzik yang tenang

■ Membaca buku-buku ilmiah

■ Berbual dengan anak dalam kandungan

■ Menjaga adab dan emosi

■ Tidak tertekan atau stress

■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran

Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut

Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak

Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah

Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat

Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak

Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan

Air Ketuban




air ketuban ialah cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita ketika hamil. selepas 10 minggu kehamilan, pembentukan janin akan dibantu oleh kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipid dan fosfolipid, urea dan elektrolit ini. air ketuban sangat penting bagi melindungi sebarang gegaran ketika kehamilan berlangsung. dalam kehamilan normal, air ketuban sekitar 500-800 ml pada akhir kehamilan. di saat kelahiran, air ketuban ini akan pecah disebabkan penolakan dari bayi dan juga kontraksi.

ciri-ciri air ketuban ialah:
- rasa suam
- tidak berbau
- tidak berwarna / jernih

Air Selusuh

Detik untuk melahirkan amat mendebarkan macam2 ikthiar dilakukan oleh ibu mengandong....antara nya air selusuh.


Satu lagi perkara yang perlu disediakan sebelum bersalin adalah penyediaan doa selusuh bagi memudahkan proses bersalin .

Cara buat nya : Tapi kena pastikan bacaan ayat tersebut hendakla betul ...kalau tak betul lain maksud dan doa tak makbul la kan ?

Baca pada minyak, air dan buah kurma ye kawan2..

1. surah al-fatihah



2. ayat pemecah (surah al-hasyr ayat 21-24)



* blh refer dalam al-mathurat kalau malas nak belek al-Quran
3. selawat syifa'



4. surah al-insyiqaq ayat 4-5



5. surah al-nazi'at ayat 46



Tetapi...perlu diingat satu perkara ...air selusuh , minyak dan kurma ni kita perlu gunakan sewaktu saat nak melahirkan tiba . Bukan sesuka hati tau , tak pasal - pasal baby keluar awal atau lama sakit pulak nanti . Bila dah ada tanda nak bersalin...baru gunakan semua minyak , air dan kurma tu ye ...selamat mencuba . Moga rakan - rakan yang bakal melahirkan selamat bersalin..doakan selamat juga ye !

Ini lah panduan untuk buat Air Selusuh sendiri




Ini lah panduan untuk buat Air Selusuh sendiri:
(note: Telah saya edit dari document asal: pada pendapat saya, sangat lah bagus jika kita hayati maksud ayat-ayat ini beserta pemahaman proses fisioloji ketika stage 1 dan 2)

1. Do'a 1: selawat syifa'

Allahumma solli ala saidina muhammad tibil qulubi wa da waiha wa a fi yatil ab do ni wa syifa iha wa nuril ab so ri wa dhiya iha wa ala ila ha wa sah bihi wassalam.



2. Do'a 2: - NOTE: BOLEH DI DAPATI DALAM HIMPUNAN DOA MA'THURAT

bismillahiladzi layaduru ma asmihi syaiun fil ardi wa la fi samai wahuwa samiul alim




3. Zikir Asma Allah:

ya latif




4. surah al hasr. Surah ke 59, Ayat 21-24




Sila buka mushaf dan terjemahan ye!

hembus ke dlm air... blh di baca ulang2

Air Selusuh

Air Selusuh Untuk Ibu Mengandung
Salam

Dalam keseronokan menimang bakal cahaya mata buah cinta kita suami isteri pasti terselit kebimbangan saat2 disorong ke dewan bedah kan? Saya pun begitu juga walaupun masih ada 2-3 bulan lagi.

Namun kata orang, persediaan awal sangat-sangatlah penting supaya fizikal dan mental kita lebih bersedia saat-sat kelahiran nanti. Sokongan daripada suami tercinta adalah perkara utama dan semoga beliau memahami perasaan seorang isteri.

Rawatan menurut Al Quran dan As Sunnah yg di dalamnya terdpaat petua tentang air dan minyak selusuh ni.



- Selusuh boleh disediakan pada air atau minyak sahaja atau kedua-dua sekali.

- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan mlm Jumat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air2 berkenaan tidak diperolehi.

-Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yng diperbuat khas daripada kelapa dan seelok2nya diperbuat sendiri .Cara nak buat minyak ni anda tanyalah pada org2 tua..mesti mereka lebih tahu.

-Doa yang perlu digunakan untuk selusuh dan ditiup pada air& minyak

Al-FAtihah
Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr


Selawat Syifaa


DOA (nama isteri bt ibunya)


- Air diminun seminggu sebelum jangkaan kelahiran dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah, dengan membaca selawat 7x

-Minyak diminum satu sudu ketika sakit mula terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah untuk betulkan kedudukan bayi dan kemudian diberi minum air.

-Kaedah lain untuk memudahkan bersalin adalah dengan makan buah tamar seperti biasa dan minum air terutamanya 2 atau 3 hari sebelum bersalin

Apa-apa pun kita hanya berusaha, banyakkan solat hajat agar segala2nya dipermudahkan, InsyaAllah jika kita yakin, amalan2 tadi akan mujarab =)