Ahad, 15 Julai 2012

Air Selusuh

Air Selusuh Untuk Ibu Mengandung
Salam

Dalam keseronokan menimang bakal cahaya mata buah cinta kita suami isteri pasti terselit kebimbangan saat2 disorong ke dewan bedah kan? Saya pun begitu juga walaupun masih ada 2-3 bulan lagi.

Namun kata orang, persediaan awal sangat-sangatlah penting supaya fizikal dan mental kita lebih bersedia saat-sat kelahiran nanti. Sokongan daripada suami tercinta adalah perkara utama dan semoga beliau memahami perasaan seorang isteri.

Rawatan menurut Al Quran dan As Sunnah yg di dalamnya terdpaat petua tentang air dan minyak selusuh ni.



- Selusuh boleh disediakan pada air atau minyak sahaja atau kedua-dua sekali.

- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan mlm Jumat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air2 berkenaan tidak diperolehi.

-Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yng diperbuat khas daripada kelapa dan seelok2nya diperbuat sendiri .Cara nak buat minyak ni anda tanyalah pada org2 tua..mesti mereka lebih tahu.

-Doa yang perlu digunakan untuk selusuh dan ditiup pada air& minyak

Al-FAtihah
Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr


Selawat Syifaa


DOA (nama isteri bt ibunya)


- Air diminun seminggu sebelum jangkaan kelahiran dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah, dengan membaca selawat 7x

-Minyak diminum satu sudu ketika sakit mula terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah untuk betulkan kedudukan bayi dan kemudian diberi minum air.

-Kaedah lain untuk memudahkan bersalin adalah dengan makan buah tamar seperti biasa dan minum air terutamanya 2 atau 3 hari sebelum bersalin

Apa-apa pun kita hanya berusaha, banyakkan solat hajat agar segala2nya dipermudahkan, InsyaAllah jika kita yakin, amalan2 tadi akan mujarab =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan