Jumaat, 25 Mei 2018

Kayu Jati

Assallamuallaikum harini KAK JAH terasa nak share kat ampa biss yg baru kak jahceburi selain dr produk makanan,kosmetik,ya la lama2 naluri kita rasa nak ubah taste ye idak,ha dia mola nak campok bahasa Perak pulak ha ha

Jom kita jamu mata kot ada yg nak tukaq selera hiasan rumah na

ha ni dia trang tang tang set set kayu jati yg VIRAL zaman la








Ha yg berminat bole lah PM kak Jah p FB khadijah md daud @pun WhatsApp akak 0184709190

Rabu, 23 Mei 2018

Kek coklat tanpa telur

Bahan bahan nya

1cwn tepung gandum
1/2cwn serbuk koko
1/2cwn minyak masak
1/2cwn susu pekat
1/2cwn air
1/2cwn gula
1sk baking powder
1sk esen vanila

-campur semua bahan..kacau sebati
-kukus 45-50minit api besar.
-size loyang 6inci

COKLAT LELEH
-cairkan 1/2cwn dark coklat +2sb susu pekat
-curah atas kek yg dh siap kukus.

Kek Indulgence





 
......
Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air
Cara-caranya:
Campurkan bahan kering,gaul sebati.
Putar telur dan gula hingga kembang.
Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
Alas loyang dengan kertas minyak.
Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.
Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream
Cara-caranya:
Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
Cairkan coklat cara double boiler.
Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
Putar whipping cream hingga lembut.
Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream
Cara-caranya:
Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
Cairkan coklat cara double boiler.
Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
Putar whipping cream hingga lembut.
Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream
Cara-caranya:
Cairkan coklat cara double boiler.
Putar whipping cream hingga lembut.
Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Cara Melapis
Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
Ulang langkah yg same hingga siap.
Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
Simpan dalam peti sejuk 15minit

Kek coklat lapis keju koktel




Resepi Kek Coklat Kukus Keju Cocktail

Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara-caranya:
1.Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2.Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3.Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4.Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6.Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.

Kek coklat lapis Cheese



Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
* Sebelum mula membuat kek, pastikan semua 
bahan berada pada suhu bilik yer.

Bahan-bahan - Kek cheese
250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 biji telur- saya guna gred B
1sudu besar air
i sudu tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan-bahan - Kek coklat
2 biji telur- gred B
1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum **
3 sudu besar serbuk koko**
1 sudu kecil baking soda**
1/2 sudu baking powder**
** Diayak terlebih dahulu.

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.

Bahan-bahan - Coklat Ganache
150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona
1/4 susu cair
1 sudu besar minyak/mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan

Cara mengukus kek:
1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye

Kek Red Velvet Kukus



Resepi Kek Red Velvet Kukus

Bahan - bahan :
Bahan A
1 2/3 cawan tepung naek sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecik baking powder

Bahan B
125g butter
3/4 fine sugar (sy guna gula biasa, n blend halus)
2 bijik telur besaq
1/2 cawan susu (dutchlady full cream)
1/4 buttermilk (1/2 cawan susu + 1-2 sudu lemon juice, biar dlm 20mnt)
1 sudu perahan lemon
pewarna merah (agak2 bg kek tuh warna merah)

Bahan C
250g cream cheese
125g butter
1 cawan gula icing (gune gula biasa, blend halus)

Cara-cara nyaa:
1)Campur semua bahan A dan ayak sekali. Biaq sat.
Bahan B pulak.. Butter + Gula .. pukul sampai kembang..
Masukkan telur, sebijik demi sebijik. Kacau pelan2.. Masukkan baha2 B yang lain.. kacau rata..

2)Masukkan bahan A pulak.. kacau gune senduk je..

3)Kukus sampai masak guna api sederhana dlm 40minit

4)Sejukkan kek dan belah kepada 2 bahagian..

5)Siapkan Bahan C, Campurkan semua bahan C dan pukul rata.

Kek Batik Nestum

 
                                 

                                              
(Bahan-bahan)
2 cawan milo
2 camca besar Koko serbuk ( x letak pun xpe)
1 tin susu pekat
1 buku buttercup(marjerin)
1 paket biskut Marie
Gula secukupnya.
Serbuk nestum secukupnya

(Cara-cara)
Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali yang dipanaskan atas api yang rendah. Apabila marjerin menjadi cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.boleh masukkan gula mengikut rasa manis masing.

masukkan Milo dan serbuk Koko ke dalam kuali. Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.tutup api.. Jangan biarkan terlalu lama ia menyejuk terus masukkan biskut marie yang telah pecah, dan kacau sehingga ter adun .

masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik biarkan mudah nak dikeluarkan.Mampatkan kek batik tadi denga menggunakan sudu.
Taburkan nestum ikut citarasa diatas kek...

simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 3 jam
Jika nak makan kek batik pertama, keluarkan kira-kira 30 minit kerana ia akan telah menjadi keras di dalam peti sejuk.