Rabu, 23 Mei 2018

Kek Batik Nestum

 
                                 

                                              
(Bahan-bahan)
2 cawan milo
2 camca besar Koko serbuk ( x letak pun xpe)
1 tin susu pekat
1 buku buttercup(marjerin)
1 paket biskut Marie
Gula secukupnya.
Serbuk nestum secukupnya

(Cara-cara)
Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali yang dipanaskan atas api yang rendah. Apabila marjerin menjadi cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.boleh masukkan gula mengikut rasa manis masing.

masukkan Milo dan serbuk Koko ke dalam kuali. Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.tutup api.. Jangan biarkan terlalu lama ia menyejuk terus masukkan biskut marie yang telah pecah, dan kacau sehingga ter adun .

masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik biarkan mudah nak dikeluarkan.Mampatkan kek batik tadi denga menggunakan sudu.
Taburkan nestum ikut citarasa diatas kek...

simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 3 jam
Jika nak makan kek batik pertama, keluarkan kira-kira 30 minit kerana ia akan telah menjadi keras di dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan