Selasa, 22 Mei 2018

Sambal Hitam



Bahan2
Ikan Bilis rm4
Cili Padi 20 biji
Belimbing Buloh 20 biji
Bawang Besar 5biji
Bawang Putih 5 ulas
Secukup rasa garam n Gula

Cara2 nak masak

Rebus dulu belimbing buang air,
Masuk semua bahan dlm Blender bleder kasar jgn halus sangat
kemudian masukan sedikit  minyakTumis bahan2 yg d blender tadi.
Masak sampai kering.
#Bole d makan dgn Roti,nasi n sebagai nya
#sELAMATmENCUBA




Kek Keju Cheese Leleh



 
RESEPI KEK KEJU MELELEH

Bahan-bahannya
150gram tepung gandum
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar
1 penutup esen vanila
74gram butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder

(1/2 sudu krim cheese ) ni tak letak pun takpe ( ros saje letak utk tambah rasa cheese dlm kek ni nnt)

untuk sos keje meleleh
150gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese)
150ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder ketepikan, kalau nak ayak dua kali pun boleh, digalakkan, kemudian pecahkan 2 biji telur dalam bekas adunan, putar telur hingga berbuih baru masukkan gula, putar hingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan ovallete ( jika tak letak ovallet pun takpe boleh gantikan dengan satu sudu plain yogurt atau 1 sudu kecil soda bikarbonat, jika letak soda bikarbonat kena ayak dlm adunan tepung tu ya).

3. kalau nak asing putih telur dan kuning telur pun boleh, putih telur dipukul dengan separuh kuantiti gula dan jadikan meringue dan separuh lagi kuantiti gula di campur dengan kuning telur dan dipukul kembang.

4. Selepas itu masukkan satu penutup esen vanila, putar lagi, kemudian masukkan 1/2 sudu krim cheese ( ni klu tak nak letak pun takpe, ros saje letak supaya menambahkan lagi rasa cheese dlm adunan kek) , putar sebati semuanya.

5. Masukkan tepung yang di ayak tadi, berselang seli dengan fresh cream @ susu segar, ulang langkah tadi sehingga tepung dan fresh cream habis, pastikan semua bahan sebati dan tidak berketul.

6. Masukkan pula butter @ marjerin yang telah dicairkan, putar sebati seperti rajah 6a.

7. Adunan ni ros bahagi dua, satu bahagian ros biarkan warna asal dan satu lagi ros campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar susu segar, kacau sebati, tuang adunan di dalam bekas alumunium atau loyang kek bulat atau petak.

8. Bakar pada suhu 170c ke 180c selama 30minit atau sehingga permukaan kek perang. suhu oven bergantung pada kesesuaian oven masing2 ya, nak kukus pun boleh, jika kukus lebihkan masa 15minit.

Buat Sos Keju Meleleh pula

9. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis di dalam bekas adunan, kemudian masukkan fresh ceram, putar dengan kelajuan tinggi sehingga semua bahan sebati, pastikan adunan tidak terlalu kental, cukup sekadar creamy, akhir sekali masukkan 1 sudu kecil jus lemon. putar lagi, jika tidak manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis, kemanisan ikut selera masing2 ya.

10. Pastikan sos keju meleleh mulus dan tidak berketul seperti rajah 10.

Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( ros buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)

11. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong ya) kemudian masukkan kembali di dalam acuan alumunium, tuangkan sos kejeu meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata sos krim keju meleleh tadi.

12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa vanila atau coklat, curah baki krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2 ya, nak parut cheeddar cheese pun boleh, ros cuma taburkan serbuk milo, coklat chipdan guna sos coklat sahaja, bergantung pada bahan sedia ada di dapur masing2 ya.

Kek Pandan Lapis


RESEPI PANDAN LAYER CAKE

Resepi kek
5 bj telur gred a
Tpung 2 cawan
1sk baking powder
1sk serbuk tartar
Gula ¾ cawan
Pewarna hijau
1sk emluco pandan
¼ Minyak masak

Cara:
-panaskan oven 170' 10 mnit
-Mix kn semua bahan kecuali minyak hingga kembang gebu...
-Lpastu masuk kn minyak... Gaul sebati.
-glis loyang dgn mnyk... Lpastu masukkn adunan.. Hentak sikit buang udara.
-masukkn adunan ke dalam oven bakar suhu 170' selama 50 mnit. (bergntung kpd oven masing)

Bahan castard:
-Santan 1050gm (santan kara 200g + air)
- serbuk agar2 10g
-225gm gula
-Tpung hoen kwee (hijau) 100g
- 75g jus pandan (4helai daun pndan di blen dgn 75g air) perah
-1sk paste pandan
-secubit garam

Cara2
Masukkan sumua bahan dalam kuali... Kcau sempai tiada tpung berketul... Guna whisk... Seelokny tapis... Tapi sy x rajin nk tapis😂
Buka api... Kacau hingga kental dan berkilat...

Cara keseluruhan
Potong nipis kek 3@4 lpis kek. Pastikan size kek lbih kecil dri loyang... Klau kek size7.. Buat loyang size 8.. Klau tidak pon... Buang sedikit sekliling kek tu supaya size jd lbih kecil.
Sendukkn adunan castard dalam loyang... Rayakan... Lpastu masukkan selapis kek...
Tambahkan lagi adunan castard... Pastikan di bhgn tepi loyang pon kne castard.. Ulang lngkah yg sama hingga hbis... Sejukkn dalam peti 3-4jam... Makan sejuk2 sedap

Kek coklat Kukus



Kek Coklat Kukus 
Bahan bahan
*1cawan gula
*4biji telur
*1/2cawan milo
*1cawan air
*1cawan susu pekat
*1cawan minyak
*1/2cawan serbuk koko
*1sudu teh baking powder
*2cawan tepung gandum

Cara2 nya
1) masukan gula dan telur,...pukul hingga sebati
2)lepas tu....masukkan susu pekat.air...
3)masukkan serbuk baking power..serbuk koko.dan milo.kacau hingga pekat...
4)masukkan minyak..
5) masukkan tepung gandum secara berselang seli..agar tepung xmenjadi berketul.
6)last sekali kukus selama 1 jam

Ahad, 6 Mei 2018


                                                 Ini dia produk kosmetik yg baru d keluarkan oleh LeSanda

Khamis, 22 Oktober 2015

CMD


Dengan harga rm 178, automatik keahlian dapat sebotol besar Cmd dan free sebotol kecil CMD 30ml. 

Pastikan setiap rumah memiliki cmd ini. Terutama di musim jerubu ini, dapat menghindarinya. 

Berminat 
Hubungi/ whatsapp    Kak Jah : 0184709190